PEMBERITAHUAN PERUBAHAN TARIKH PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 12/13 JULAI 2020 HINGGA 26/27 NOVEMBER 2020

PEMBERITAHUAN PERUBAHAN TARIKH PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 12/13 JULAI 2020 HINGGA 26/27 NOVEMBER 2020

Adalah dimaklumkan Kerajaan Malaysia telah secara rasmi mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) berkuatkuasa 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020 dan disusuli dengan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 JUN 2020. Berikutan situasi semasa ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah membuat pengubahsuaian kalender Akademik Politeknik dan Kolej Komuniti serta pindaan pelaksanaan latihan industri bagi sesi Jun 2020 dengan mengambil kira isi kesihatan, kebajikan dan keselamatan serta mengurangkan risiko pelajar terdedah dengan wabak COVID-19 termasuk kesediaan industri yang terkesan dengan penularan wabak pendemik ini.


Sehubungan itu, JPPKK telah membuat ketetapan perubahan tarikh baru iaitu 12/13 Julai 2020 hingga 26/27 November 2020 (tempoh 20 minggu). Politeknik percaya bahawa inisiatif ini akan membendung penularan virus daripada merebak dan seterusnya mengurangkan jumlah kes di Malaysia.

Comments